Jawatan Kosong UUM Mei 2012

Jawatan Kosong UUM

Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya universitiyang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.Pelaksanaan Pelan Transformasi UUM merupakan “roadmap” yang dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama bermula dari 2011 hingga 2015 yang akan memberikan tumpuan untuk meletakkan UUM di peta akademik tempatan dan bergerak secara sistematik serta terancang. Tumpuan lebih akan dibuat untuk menjayakan pelan transformasi pertama tanpa mengabaikan fasa kedua Pelan Transformasi yang akan bermula pada 2016 hingga 2020.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Universiti Utara Malaysia :

Pengawal Keselamatan (KP11)

Syarat Kelayakan :
(i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
(ii) Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;
(iii) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :
(a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(b) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(c) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(d) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; DAN
(e) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN
(iv) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (i) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON
(i) Borang permohonan boleh didapati daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Utara Malaysia dengan mengemukakan sampul surat berukuran 26cm x 34cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 atau datang mengambilnya sendiri di Kaunter Jabatan Pendaftar, UUM dengan bayaran sebanyak RM 5.00 yang boleh dibayar di Kaunter Bendahari, UUM atau dalam bentuk Wang Pos, dibayar atas nama ‘BENDAHARI UUM’.
(ii) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
(iii) Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menghantar borang.
(iv) Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :

Pendaftar
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
(u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel : 04-928 3864/4131

Further informaton, please follow :

Jawatan Kosong UUM Mei 2012

Find Another Jobs Here :

Lijit Search
Keywords: jawatan kosong driver peribadi datin yang di cari, jawatan kosong pemandu peribadi datin dlm terengganu, jawatan kosong utk sijil rendah pelajaran malaysia terkini 2013
This entry was posted in Education and tagged , , . Bookmark the permalink.

DISCLAIMER

All information published is intended to assist you in finding job vacancies in the public sector, private, statutory and many other.

This blog is on our own initiative and not related to any department, we do not guarantee the accuracy or error information published. We will also not be held responsible for any loss when using the information in this blog. !

To visitor who wish to apply for available positions please click the link provided in the ads and please follow the instructions given to know how the means to leave any comments how to apply. Do not disclose your personal information to public. We not be liable for all personal information that disclosed.

Best Regards